1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan). 4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain. 5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian. 7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja. 8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan. 9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna. 11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut. 13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita. 14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam. 15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu. 16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! 18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal. 19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta. 20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!! 22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya. 23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik. 25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat. 26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati. 27.Senjata wanita adalah airmata!! 28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu. 29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah. 30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
" Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan "
Monday, 18 April 2011
Friday, 15 April 2011
15 APRIL~~22 Years Old..!!!
hari ni genaplah umur 22 tahun, dah semakin matang untuk melalui kehidupan seorang mahasiswi UPSI sekaligus bakal pendidik...erm..dah mampu berdiri di atas kaki sendiri ..(^_^)..sangat bahagia dengan kehadiran tersayang SYAIFUL AMRI...semoga hubungan yang terjalin ini kekal hingga hujung nyawa....xlupa juga bt famly tersayang coz wish my besday..love u very much..!!
Thursday, 14 April 2011
SUAMI: Genggamlah Tangan Isterimu Ketika dia Menangis.....
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Wednesday, 13 April 2011
" ITU JANJI"
HANYA dirimu yang ku rindu ...oh sayangku
KU TELAH berjanji KU TAKKAN mengkhianati.....
CINTA yang bersemi HINGGA akhir hayat ini......
ITU janji...........
WAJAH mengukir rahsia hati.......
SENYUMANMU manis berseri ..........
INDAH cahaya sang rembulan......
CINTA sucimu kau dendangkan ...........
KEAGUNGAN cintamu KU LEMAS dalam rindu .......
KETEGUHAN cintamu KU PASTI kau milikku SAYANGKU woo..uu..woo..woo..woo..woo..y ehh.......
(solo)
KU TELAH berjanji KU TAKKAN mengkhianati
CINTA yang bersemi HINGGA akhir hayat ini .... ITU janji
kaki novel: Doktor Cinta
kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda..
kerana aku pakar Cinta, aku hilang kata-kata.......
"DOKTOR CINTA"...karya dyadila, setebal 822 m/s merupakan sebuah cerita yang sngat menarik,,,penuh suka duka dan gelak tawa...penggunaan kata-kata yang penuh dengan nilai estetiknya...baca je novel ni, kte dapat tahu apa itu CINTA dalam konteks kehidupan seorang wanita.....hmmmmm, cinta bagaikan gurauan dalam kehidupan. kadang-kadang buat kita ketawa kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan jugalah buat kita memahami pelbagai emosi...kalau yang mencantikkan lukisan itu adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan dah semestinya cinta kan..??,,,tapi cinta ni boleh juga dispesifikasikan sebagai "hantu", semua orag percaya tetapi x semua orang akan jumpa..jadi setia lah ngan cinta masing-masing...kerana dengan KESETIAAN itulah kte dapat hidup dengan orang yang kita cintai hingga ke hujung nyawa,,,renung3kan dan selamat BERBAHAGIA...!!!
Duhai Wanita...
"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan berbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."
Aduhai wanita sungguh mahal pandanganmu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi penciptamu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kaugalas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku, terima saja makian yang berderu-deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkanmu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihatmu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah di cupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menantimu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika dihunuskan tombak di tubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada penciptamu.
Peganglah kata-kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmudaH. Jadilah kita wanita paling bahagia.
Cemburu Tandanya Sayang, Tapi Jangan Berlebihan....
Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.
Tuesday, 12 April 2011
Dulu Kini Selamanya Cinta : part 1
sudah lanjut malam, tapi mata x ngantuk lgi..aishhhh.asyik terkenang raja diihati ini je.. ermmm, mlm ni terasa sangat bahagia sekali. harap kebhagiaan tu hingga ke hujung nyawa....kehadiran cinta yang 1 itu x pernah terduga sama sekali. bak kata orang walau jauh mcm mane pun kte lari, kalau org tu jodoh kte, kte akan bersama ngn die jgak kn..hidup ema bertambah bahagia dengan kehadirannya disisi..,hmmm, masih terngiang2 kata2nya yang berbunyi;
" abg nak ema tau yang abang akan berusaha untuk kebahagiaan kita 6t,,,abg akn jga ema smpai hujung nafas abg,, abg xakan hampakan ema n famly kte...sbb cinta abg ni adalah untuk org yang bernama Ruzaemah..itu janjiku padamu syg...."
:
" cinta sejati biar kekal smpai mati"...THANKS a lot my love, SYAIFUL AMRI....
Sunday, 10 April 2011
Buat Yang Terakhir
“ Dalam dingin musim salji… tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan di rantauan, pertemuan tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalimu. Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya..”
Alhamdulillah, Selesai sudah menelaah novel BUAT YANG TERAKHIR…THANKS A LOT to tuan punyer novel ANJANG AKI ROZITA….best sngat3 cter ni…hmmm .sedikit sinopsis cter buat yang terakhir iaitu yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita yang bernama ZARITH SOFIA. Liku-liku kehidupan yang dilaluinya dipenuhi ranjau dengan kehadiran beberapa orang lelaki dalam hidupnya..zarith seorang wanita yang tabah dan sabar dalam menerima suratan takdir yang menimpa dirinya walaupun tanpa kehadiran insan yang bergelar suami di sisi di saat anak tersayang yang menghidapi penyakit kornik n seterusnya laaa…Sangat menyentuh hati bukan, ??? nak tau ending cter ni, bace laaaa yerrrr…
Berpuisi di Rumah PENA
1 APRIL 2011, ada apa dengan tarikh 2 yerk???hmmm, pengalaman yang x dapat dilupakan sbb first time kena buat persembahan kat RUMAH PENA bersama grup member linda, tehah, zul, yana n kikin…..amat mendebarkan..tp lepas jer persembahan tu rase lega sangat la walaupun masa SHOW tadi sedikit gementar n blur seketika. Mana xnyer ramai penulis2 tanah air kat c2,sbb 2 la trasa kecut perut jer.huhuhuhuhu…lepas je selesai buat persembahan, kami ambik kesempatan bergambar ngan mantan lecturer KESUSASTERAAN N KEBUDAYAAN MELAYU, sape lagi klau bukan Encik Ariff Mohamad…berPOSING hbis dak3 PUISI MELAYU malam tu…terasa seronok n happy sangat-sangat lorhh..hilang segala masalah n bebanan asgment seketika…sekiranya diberi kesempatan , kami harap dapat membuat persembahan lagi kat rumah pena walaupun persembahan kami yang x seberapa ini…(^__^)
Mencari Ketenangan
Keresahan ini, menyesakkan benakku
Aku termenung melayang bersamanya,
Menyusuri segenap ruang kehidupan…
Di lembayung senja ini,
Ku hadapkan pandangan kearah senja,
Senja yang mampu menenangkan jiwa,
Mencari ruang damai di setiap sudut,
Aku terlalu mendambakannya….
Jujur ku akui ketenangan yang dicari,
Begitu payah untuk menjelma,
Jauh di sudut hati,
Keresahan kian bermaharajela,
Mengharapakan sesuatu yang belum pasti….
Tapi..
Tatkala angin menyapa sang bayu,
Terdengar hilai tawa yang meruntum segala memori,
Memori yang paling indah pastinya akan tercipta,
Yang membangkitkan rasa tenang dalam jiwa,
Seolah-olah kedamaian itu terpukau dengannya…
Nun jauh di penjuru sana,
Terbit seri cahaya yang memukau jiwa,
Siapa tahu ia akan hadir,
Hadir untuk mengubah segalanya,
Dan aku mampu menggapainya,
Menjadikan ketenangan itu milik abadi…
Subscribe to:
Posts (Atom)